Friday, February 25, 2011

Marah?!!

Assalamualaikum..
Entry kali ni lebih kepada pengalaman..
bunyi macam dah tua sangat dah Aku ni..haha..



Pernah tak korang membuat keputusan ketika anda sedang marah? Adakah keputusan yang korang buat itu merupakan keputusan yang betul dan memberikan kepuasan pada diri korang?

Pernah pada suatu hari, seorang lelaki sedang menghadapi masalah dengan kekasih dia. Disebabkan tidak tahan dengan perangai dan sikap kekasihnya menyebabkan dia ingin membuat satu keputusan yang bagi Aku tidak patut dia lakukan.

Pada ketika itu, lelaki itu berada dalam keadaan tertekan dan marah dan memberitahu pada Aku yang dia ingin memutuskan perhubungan dengan kekasihnya.

Aku segera menjadi pakar motivasi menasihatinya supaya bertenang dan jangan buat keputusan secara terburu-buru. Pada mulanya, dia tidak mahu mendengar nasihat Aku. Agak keras kepala! Mungkin dia masih dalam keadaan marah atau bulan mengambang..oppps..

Tetapi setelah diperjelaskan dengan lebih lanjut mengenai akibat dari keputusan yang dia bakal buat menyebabkan dia menarik semula keputusan itu.

Dalam situasi ini, kita masih bernasib baik kerana Aku sempat menghalang beliau dari melafazkan kata untuk putuskan perhubungan dengan kekasihnya.
Kiranya macam hero la kan?

Dan setelah dia berehat sebentar bersama kit kat dan berfikir sejenak, barulah dia sedar yang jauh di sudut hati, masih ada lagi sifat sayang dan cinta pada kekasihnya.

Aku jugak  yang jeles tengok diorang tu..Diorang bahagia je..
Aku pulak berjauhan..adeeeiih!




yeaah!! Aku berjaya taip skema..haha

No comments: