Monday, February 28, 2011

Jodoh

Haii..
Sebut pasal jodoh ni, Aku bukan orang yang sesuai nk kata apa-apa,
setiap orang ada pandangan masing2..
ok, bagi Aku pulak..
jodoh dah ditetapkan oleh Allah s.w.t.
cuma kita saja yang perlu berusaha dan berdoa untuk mendapatkan jodoh yang baik..



"Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik"
Semestinya kita nk yang terbaik sebagai pasagan kita..
jadi, daripada menilai diri sendiri kita dah boleh tahu siapakah pasangan kita..
Aku ada terlintas satu hal,
dan Aku sendiri perhatikan,
"Lelaki yang hensem pasanganya biasa, 
wanita yang cantik pasangannya biasa" 

sebut pasal cantik dan hensem ni, 
teringat plak kat daerah kelahiran Aku..
Pasir Mas. Masuk Metro. baca sini
bangga tu xda la, cuma riak sikit je..haha

oleh kerana Aku ni gila dengan no 11, 
Aku copy dan paste 11 Petua mendapatkan jodoh..

1. Semua orang ada jodoh atau pasangan yang menanti dan biasanya ia berada tidak jauh dari anda. Jarang orang bertemu dengan jodoh yang berada jauh darinya.
2. Jodoh itu ketentuan Allah dan kita wajib berusaha. Doa, usaha yang betul dan bersungguh-sungguh disertai dengan tawakkal, insyallah akan menemukan anda dengan pasangan anda.
3. Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah untuk mencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua orang di dunia ini.
4. Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat taubat, beristighfar, baca Al-Quran, maafkan orang lain, meminta maaf, bersedekah dan berfikiran positif.
5. Untuk lelaki, tarikan pertama ialah pakaiannya. Untuk perempuan, wajah dan bentuk badan menjadi tarikan pertama. Sediakan diri untuk menawan bakal pasangan anda.
6. Perempuan membentuk hubungan dengan berbual dan bercakap. Lelaki bentuk hubungan dengan melakukan sesuatu kegiatan secara bersama.
7. Cinta datang melalui mata lalu turun ke hati. Justeru, perhebatkan hubungan mata secara memandang bakal pasangan dengan penuh kasih sayang.
8. Tidak salah untuk orang perempuan memulakan usaha untuk berkenalan. Orang lelaki akan sentiasa merasakan mereka yang memulakan perkenalan walaupun sebenarnya orang perempuan yang mulakan.
9. Berbual dengan pasangan mengenai apa yang dia suka. Beri tumpuan kepada minat dan perasaannya. Elakkan sibuk memberi tumpuan kepada diri sendiri.
10. Kebanyakan lelaki mudah tertarik kepada perempuan yang simple, tidak materialistik, mudah berterima kasih dan redha dengan setiap pemberian lelaki tersebut
11. Beri sayang untuk mendapat sayang. Orang yang masih ada perasaan benci terhadap sebarang orang boleh menyebabkan bakal pasangan benci atau tidak tertarik kepada kita. Justeru buang semua benci.


2 comments:

PUTRI NADIA ADDNAN said...

nice one , , mm ^^

Cikgu Dahlia said...

masih menunggu jodohku...
mudahan dipermudahkanNya