Sunday, August 28, 2011

Download hukumnya Haram

Assalamualaikum...
Kritikan Aku kali ini sebenarnya sudah beberapa hari "postponed" kerana M. Aku xdapat melawan M sehingga la ketika ini..
bila dah berjaya menguasai M..Lama la sikit Aku mengadap Laptop ni..Hehe..


Siapa tahu aktivit menDownload sebenarnya adalah haram?..
Serius, Aku pertama kali tahu pekara ini adalah salah disisi Undang-undang di Malaysia..
Harian Metro melaporkan, "mana-mana individu menDownload filem/lagu dan menyimpanya didalam HardDisk @ thumdrive adalah satu kesalahan serius"

Arrrhhg..Aku merasakan diri Aku dicabul je..Errk..maksud Aku hak asasi Aku..
Selama ini dah bermacam-macam jenis cerita dah Aku Download..Kalau tertangkap, boleh kena denda antara RM10,000 hingga RM30,000 atau penjara 3 tahun.
Alamaknya nanti, pinjaman Ptptn Aku sampai cucu pom xhabis bayar lagi la kalau sume tu terjadi..
Fuuuh..Mintak jauh la..

Aku tetap xberpuas hati dengan Akta Penapisan Filem ini..
Lain la kalau Aku Download filem, then Aku buat salinan banyak-banyak untuk dijual..
barulah boleh dikatakan bersalah..
Siapa xnak benda mudah dan free..Hanya tunggu untuk 45minit untuk 1 cerita..
Sebagai penguna Internet dan sebagai orang yang bijak berfikiran matang, Aku lebih rela bayar bil internet sebulan dan dapat menonton banyak filem daripada membeli/menonton di pawagam..
Semua tu bazir masa je...

Walaupon Haram, Aku berharap yang SKMM tidak akan mem"Block" sumber-sumber filem Aku ni..
fahami la kami kat Kelantan ni mana ada Panggung Wayang :(..

p/s: Banyak filem baru keluar lepas raya ni..Hehe..

Friday, August 26, 2011

Hari Raya : Yang Perlu & Jangan Buat

Rentetan daripada mendengar ceramah, Aku terfikir untuk membuat entry ini..mungkin tak semua ketahui pekara ini, mungkin juga anda sudah mengetahui..tapi ilmu agama, di ulang banyak kali tak menjadi masalah kan?::

Aku bagi secara ringkas mengenai Apa yang perlu & Jangan buat di Hari Raya :


Yang Digalakkan
Di hari mulia Syawal ini pula, umat Islam adalah amat digalakkan untuk :-
1) Mandi sunat hari raya sebelum keluar menunaikan solat sunat idil fitri .
Ulama besar Tabien Said Bin Jubayr berkata : "Tiga perkara sunnah di hari raya iaitu antaranya : mandi sunat sebelum keluar solat hari raya".
2) Menjamah makanan sebelum keluar.
Ia berdasarkan hadith dari Anas Bin Malik yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari yang menyebut : "Nabi SAW tidak keluar di pagi hari raya idil fitri sehinggalah Nabi SAW menjamah beberapa biji kurma..."
3) Memperbanyakkan Takbir dan bukan memperbanyakkan menonton TV dan bermain mercun ;
Seharusnya umat Islam jangan terlalu di sibukkan dengan aktiviti persiapan raya sehingga meninggalkan peluang takbir ini. Ini adalah penting bagi syiar Islam selain kalimah Takbir yang dibenci oleh Syaitan. Ad-Dar Qutni melaporkan bahawa apabila Ibn Umar r.a keluar di hari raya Idul Fitri, beliau akan berterusan bertakbir sehinggalah imam keluar untuk mengimamkan solat hari raya.
4) Mengucapkan selamat dan mendoakan antara satu sama lain ;
Tiada masalah untuk menggunakan apa jua kalimah, asalkan ianya mempunyai maksud yang sama. Bagaimanapun, kalimah yang digunakan di zaman baginda SAW adalah "Taqabbalallahu minna wa minkum" ertinya : Semoga Allah menerima amalan (amalan dan ibadat di Ramadhan) kami dan kamu".
Disebut dalam sebuah riwayat :
قال واثلة لقيت رسول الله يوم عيد فقلت تقبل الله منا ومنك قال نعم تقبل الله منا ومنك
Ertinya : Berkata Wathilah, Aku bertemu Rasulullah s.a.w pada hari raya  dan aku katakan pada baginda "taqabballahu minna wa minka", baginda menjawab : Ya, taqabbalallahu minna wa minka" ( Al-Baihaqi, rujuk perbincangan di Fath Al-Bari, 2/446 )
5) Memakai pakaian terbaik yang ada ;
Walaupun demikian, perlulah mengikut kemampuan dan tiada pembaziran dibenarkan.
Tidak dibenarkan untuk menghina pakaian orang lain yang kurang indah dan mahal (kecuali pakaian seksi dan tidak menutup aurat memang di haramkan di dalam Islam).
6) Menukar jalan ke tempat solat (balik dan pergi) ;
Ia berdasarkan hadith dari Jabir r.a yang menyebut bahawa Nabi SAW biasanya menukar atau berbeza jalan pergi dan pulang apabila di hari raya" (Riwayat Al-Bukhari)
7) Berziarah dan merapatkan hubungan baik (ukhuwwah) sesama Muslim sempena musim cuti yang diperolehi.
Nabi pernah bersabda :
مَن سَرّه أن يُبسط له في رزقه ، وأن يُنسأ له في أثره ؛ فَلْيَصِل رَحِمَه
Ertinya : Barangsiapa yang suka untuk diperluaskan baginya rezekinya, dan ditangguhkan (dipanjang) umurnya, maka hendaklah dia menyambung (mengukuh) hubungan persaudaraannya ( Riwayat Al-Bukhari & Muslim) 

Kesilapan Hari Raya
Dalam pada masa yang sama, secara amat ringkas saya sertakan beberapa kesilapan kesilapan kerap di musim perayaan :-
1) Sentuhan ; Berjabat tangan di antara lelaki dan wanita secara meluas ketika berziarah rumah jiran dan rakan. Walaupun terdapat perbezaan pendapat para ulama dalam bab ini. Ia lebih baik dijauhi terutama apabila melibatkan pemuda dan pemudi.
2) Aurat & Ipar ; Ipar duai yang tidak menjaga aurat di antara satu sama lain ketika berada di dalam rumah. Seperti adik ipar perempuan tidak menutup aurat di rumah sedangkan abang iparnya berada di rumah. Termasuk juga, tidur secara terbuka di ruang tamu tanpa menutup aurat, sehingga membolehkan abang ipar atau adik ipar lelaki melihat aurat yang terdedah.
3) Wangian Wanita ; Kaum wanita memakai wangian dan solekan ala artis di musim perayaan lalu keluar dari rumah mendedahkan diri mereka kepada lelaki bukan mahram.
4) Pakaian Wanita ; Pakaian yang mendedahkan susuk tubuh dengan sempit dan nipisnya lalu bertandang ke khalayak ramai.
5) Kubur ; Berkumpul beramai-ramai di kubur hingga duduk di atas kubur orang lain dengan alasan untuk membaca Yasin yang agak panjang dan meletihkan jika berdiri. Larangan ini disebut jelas di dalam mazhab Syafie sebagai dihurai oleh Imam Khatib As-Syarbini, malah bersandar kepadanya juga dilarang ( Mughni Al-Muhtaj, 1/354 ; Minhaj at-Tolibin)
6) Meninggalkan solat ; kerana terlalu sibuk beraya di sana sini.
7) Dosa Bertempoh ; Kembali melakukan dosa yang ditinggalkan di bulan Ramadhan. Malah memang sebahagiannya diniatkan untuk disambung selepas Ramadhan. Sebagai contoh, ada yang menangguhkan pergaduhan di Ramadhan, maka syawal bolehlah bergaduh kembali. Syawal dijadikan tempat lambakan maksiat berdating, bersyahwat melalui telefon dan 'chat', berjalan jauh berdua-duaan dengan teman wanita dan lain-lain. Hancurlah seluruh kebaikan yang baru hendak sebati dengan hati, sudah dibuangnya jauh-jauh. 


Selamat Hari Raya Idil Fitri
  

Sekian,

Wednesday, August 24, 2011

Ramadhan Dan Raya

Assalamualaikum..
Post ke-2 Aku untuk sekian kalinya..
Alang-alang dah bukak Blog ni,
Kasi banyak-banyak la kan..
walaupom kantoi tak terawih malam ni..

ok..
Ramadhan byk kenangan bg Aku..
Tahun ni Aku dapat berpuasa sebulan penuh dengan keluarga Aku..
selama ni xdapat penuh sebab masih dalam pengajian..
Tahun ni kebetulan perubahan jadual cuti semester UiTM, jadi Aku boleh la sebulan di rumah..

Tahun lepas, Ramadhan Aku banyak di Rumah Sewa,
dengan rakan2 seperjuangan..
banyak la pahit manis bila bersama..
Seingat Aku, 2 kali jugak la kitorg xbangun sahur..
Lauk pauk yang dibeli buang begitu je..
1 kepala 4 ringgit darab ngan 8 kepala darab plak ngan 2 hari..
sama dengan bayar zakat untuk 4 orang dah rasanya kan..?
Tp xleh nak buat apa la..tido lewat dan letih plak tu...

Kalau berpuasa kat UiTM..bab berbuka Aku paling suka..
petang nak cari juadah tu, Aku n d geng akan cari la lauk pauk..
ada yang nak berpakat/berkongsi, ada yang nak sendiri2..tp berbuka sama-sama la..
paling penting beli untuk moreh..
Aku paling suka beli "jeput malah"..Aku xtaw bahasa luar apa orang guna..
yg special jeput tu,
1st adalah sedap..
2nd yang menjualanya ada anak lawa..
myb penarik rezeki kot..haha.
tp tahun ni Aku xtahu dia ngan mak dia masih jual lagi x kat depan UiTM tu..
walau bagaimana pom Aku doakan perniagaanya maju dan dapat rezeki yang berlimpah-limpah la..

dalam bab puasa raya ni jugak la...
pada cuti semester ke berapa ntah..
Aku lepak2 la ngan member..
seingat Aku, "port" yang selalu aku lepak adalah perkarangan masjid..
Wahh..nampak bagus je kan..
orang luar tengok mmg bagus pom coz Aku kawan dengan Anak tok Imam 'bena'..
tp xsemua indah khabar dari rupa <---btol ke ayat Aku guna ni?"
Kami bertiga biasanya..pernah sorang ni ponteng puasa, minum air tebu kat blakang masjid.
"port" kitorang lepak..Aku dengan sorang lagi kawan ni punya la "baik" bgtahu kat dia supaya minum tu sembunyi-sembunyi la sikit..bukan nak larang dari minum..
xpa..kubur masing masing..huh!

Time dekat-dekat nak raya pulak..
sampai la kad raya bertimbun timbun..yang orang lain punya la..
yang Aku beberapa keping je..
dari kenalan2 yang rapat..biasanya laki "haram" la nak hantar sama2 laki.
yang paling Aku xlupa..kad raya dari si Dia..
kad raya kali ni dia bg duit raya sekali..
walaupun 20sen je..tp "value" sebalik pemberian dia tu yang istimewa ckit..
Aku pom xterfikir nak bg duit raya cara tu..

Tp semua tu adalah kenangan yang mendewasakan Aku..
kadang-kadang Aku terfikir jugak,
banyak tindakan Aku yang x "mature" lagi..
Aku perlukan lebih ilmu, lebih keyakinan diri, lebih belajar dari pengalaman..
Semoga coretan Aku dapat buat Aku tersenyum semula ketika Aku membaca kelak..

::atas katil double bilik bawah::

[Bantuan] Design Blog

Assalamualaikum...
Salam Ramadhan & Syawal untuk semua..
Post ini legih kepada meminta pendapat atau pertolongan...
Aku secara jujurnya jarang menyiram "tanah hak milik" Aku ni..

Jadi, untuk itu..
Aku nak dapatkan semangat yang hilang untuk "mengarut" kat sini..
Aku perlukan suasana baru, Gaya baru, dan nafas baru..
ceehhh..ada macam penyanyi la pulak..

Jadi kalau sesiapa dapat bagi link atau cara untuk aku menukar suasana Blog Aku ni..
Aku alu-alukan..
Almaklum la aku ketingalan dah sekarang ni..
tambah2 IT xseberapa..
orang lain sibuk duk twitter..
Aku Friendster je..<---melampau-lampau..hehe

Harap ada yang sudi membantu...