Thursday, January 27, 2011

UiTM Underground Community

Assalamualaikum...
entry ni juz nk promote web komuniti UiTM je..
lau bukan stdnt UiTM pom leh join..
tp ngan menyamar la..hehe..
web ni masih baru..

ada ganjaran kepada yang aktif..

cara join mudah..
free dan xperlu verify..
jom meriahkan web underground community ini!!!

daftar disini

paparan web (klik untuk besarkan)

Saturday, January 22, 2011

Popular..!!

POPULAR?!!?
..

ni mesti pasal ABPBH tu kan..
bila ep event tu ke udara?...
Aku pom tertunggu gak ni pasal tu..
nk taw nape?..
Aku nk tgk Artis lawa2, 
yang byk duit,
tp.....
pakaian xcukup kain..
ya!!!
Aku nk tgk diorg dikutuk, di komen dan macam2 lagi yang bakal diorg terima..

Kata artis kan..
xsah la lau xda gosip o soset-soset sal diorg..
"xpa..ko tgu la nanti"

ok2..Aku dah salah jalan ni..
masuk highway balik..

Aku masuk sekolah xsampai pom sebulan..
lam masa xsampai sebulan ni, 
Aku lagi popular dari artis wooo..
Hebat tak Aku??
hebat tak?...
jawab la weii.!!! hehe


"haha..."
suka bukan sebarang suka..
suka itu penuh kesakitan..
tp xpa..
Aku anggap tu ujian untuk Aku kat sekolah baru ni..
ase gak tertekan..
tp 
naseb baik la ada pelawak2 dari Raja Lawak hiburkan Aku..
Aku masih mampu tersenyum..

terima kasih rumate..
hidup kg Sura!!

Wednesday, January 19, 2011

!@#$%^&*(^$#@#$%^

sibuk..
tension..
serabut kepala..
pening..
jeng..
tertekan
Apa lagi yang mampu ku tulis ya..?






tu yang Aku rasa skan ni...
perasaan yang x diingini oleh setiap org tapi setiap pelajar akan merasainya..
dan Aku sedang merasainya sekarang..

arrghhh!!!!!!!!..(kelaut)


naseb baik la umah tepi pantai..boleh la buang laut wlaupom ckit..

System..
lecturer..
subjek..
Aku

faktor2 aku jd nk Kelaut je...
tolong pakcik2 nelayan kat cni mngkap ikan..
nk menoreh cni xleh..
kelaut la Aku...

huh!!!

cepat la raya cina..
Aku xsabar nk sambut jugak..
kata 1Malaysia..

Sunday, January 16, 2011

Bermurah murahlah dalam meletakkan Mahar Pernikahan Wahai Wanita

Bermurah-murahlah Dalam Meletakkan Mahar Pernikahan Wahai Wanita

Mahar adalah apa yang diberikan kepada isteri berupa harta atau selainnya dengan sebab pernikahan.

Imam ahmad meriwayatkan:

“Di antara kebaikan wanita ialah memudahkan maharnya dan memudahkan rahimnya.” (Hadis Riwayat Ahmad, di dalam Musnadnya, no. 23957. Dihasankan oleh sheikh al-Albani di dalam Sahihul Jami’, 2/251)

Di dalam riwayat lain memiliki tambahan yang menyatakan, “Iaitu, memudahkan rahimnya untuk melahirkan.”

Abu Daud meriwayatkan dari ‘Uqbah bin ‘Amir r.a., ia mengatakan: “Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Sebaik-baik pernikahan ialah yang paling mudah.” (Hadis Riwayat Abu Daud, no. 2117, kitab an-Nikah. Dinyatakan al-Albani sebagai diterima menurut syarat imam Muslim di dalam al-Irwaa’, 6/345)

Dalam riwayat Ahmad:

“Pernikahan yang paling besar keberkahannya ialah yang paling mudah maharnya.” (Hadis Riwayat Ahmad di dalam Musnadnya, no. 24595)

Dalam hal ini, Sheikh ash-Shabuni menyatakan bahawa:

“Rasulullah s.a.w. tidak menyatakan: ‘Jika datang kepada kalian orang yang memilkijutaan ringgit, orang yang memiliki gedung, dan kenderaan atau putera fulan dan fulan.’ Tetapi Baginda menyatakan: ‘Siapa yang engkau redhai agama dan akhlaknya adalah prinsip dan landasan dalam urusan pernikahan. Sedangkan harta adalah persoalan kedua yang agak bersifat relatif pengaruhnya, bergantung kepada pengurusannya.

Sebagaimana perkataan penyair:

‘Aku tidak melihat kebahagiaan atas dasar mengumpulkan harta tetapi ketaqwaan itulah kebahagiaan yang sebenar.’” (Kita az-zawaaj al-Islami al-Mubakkir, no. 109)

Malah, dalam banyak riwayat yang lain, ada dinyatakan bahawa mahar itu diberi dalam pelbagai bentuk dan tidak semestinya berdasarkan wang, emas, atau perak. Ada yang hanya dengan mengislamkan wanita yang hendak dinikahi, ada yang dengan hanya mengajarkan hafazan surah-surah tertentu, dan saidina Ali sendiri dengan memberikan baju besi kepada Fatimah.

Saturday, January 15, 2011

Kahwin Lain!.!

Malam tu lepas makan malam, Ajoi lepak-lepak di depan TV sambil berbual dengan isterinya.

Ajoi: “Kalau abang meninggal, ayang menikah lagi tak?”

Isteri: “Tentu saja tidak! Ayang akan duduk dengan adik perempuan Ayang. Abang pulak camner kalau saya meninggal, abang nikah lagi tak?”

Ajoi: “Tentu sekali tidak , sama juga macam ayang… abang juga akan tinggal bersama dengan adik perempuan Ayang…

berusia sudaa...

Aku xda pape nk taip dan perkatakan..
juz nk sohor je yg blog aku dah berusia 1 bulan..
hehe..

kejap je kan masa berlalu...
bukak je mata dah sebulan aku buat pekasam ni...
Aku masih anggap diri ini setahun jagung..
byk lagi Aku nk kena belajar..
Aku bermatlamat nk buat duit la plak ngan blog ni.
hehe..
boleh ke ep?!..
Aku kena belaja la lu...
ok..tu je!
sekian..!

Tuesday, January 11, 2011

Selamat Ulang Tahun Sayang..

Yang tulus ikhlas
Ingin sekali sekala dirinya dibalas
Walau hanya dengan dakapan di angin lalu

Yang selalu memberi
Ingin sekali sekala jadi penerima
Cukup dengan salam dan manis doa

Aku ingin kau merasakan hebatnya cinta
Dan leburkan saja serpihan calar derita

Selamat ulang tahun sayang
Kini kau bersayap, pergilah terbang
Rentaslah langit cita cita mu
Harap nanti kita 'kan bertemu

Selamat ulang tahun sayang
Janganlah engkau tak terbang pulang
Ku nanti penuh kerinduan
Selamat tinggal, selamat jalan

Aku hanya inginkan engkau setia
Kerana setia yang mencipta bahagiamu

.....

Haaa..
Pernah dengar x lagu ni?..
dinyanyikan oleh imran ajmain..berjudul selamat ulang tahun sayang..

nape?..
nampak Jiwang sgt ke Aku ni..
xpa la..
sekali sekala..hehe


no entry kali ni sebagai peringatan hari bersejarah Aku la konon..
waktunya lebih kurang waktu sekarang kat foodcourt Uitm Machang..
hampeh kan..
wat date kat c2..hak2..tp xpa la, at least ada knangan kat c2..
and then, 
salah satu sebab Aku suka no.11 kerana tarikh 11/1/1111, Aku lamar die sbgai kekasih n merangkap bakal ibu kepada Anak2 Aku..besar tol matlamat Aku..Amin..

Si Dia ngah pk masa depan ngan Aku la tu....hehe

stat2 nya, Si Dia ni kntoi kuar ngan laki laen...xjelez pom!!?
ph2 Aku msg xnk cntact da nga Si Dia (what da hell..haha)
lam ati Si Dia nk mrh pn ad ngan Aku..
"eleh slama ni meme Aku da menyepi pn" (kata si awek mengomel lam ati)...
 ....
Aku g bukan berdua, tp berempat..hoho..
tamak kan Aku..
xda la..
mksd Aku 2 pasangan..
Seingat Aku la..
mula2 je meja skali..
then pindah meja..
nk privacy,,haha
plg xleh blah..kitorg ni mlu2 kucim g2..
nama ag frst date kn..apa daa

Aku pom mula la buka langkah...
...


...


...


...


...

**telah ditapis oleh penapisan blog dunia**..

...

lepas pada tarikh 11/1.. Aku dah ngan Si Dia dah bergelar KEKASIH dan InsyaAllah, lam masa 3/4 tahun lagi lau jodoh panjang, Aku nk kawin..hehe..

lelaki laen yang Aku tulis tu xdinafikan baik hati dan anak soleh..
tp cinta xleh dipaksa..
Akhirnya Aku dapat Si Dia..



pesanan buat lelaki tu..
walau apa pom terjadi..kita tetap kawan kan..
jodoh dah ditetapkan..
kita juz melalui dan mencari je..hehe(btol ke Aku cakap?..Kata Aku!!)

Saturday, January 8, 2011

Masjid

Soalan :
i) Adalah lebih afdhal bersolat jemaah di masjid/surau yg lebih dekat dgn rumah kita. Adakah jika kita sengaja memilih sebuah masjid yg lebih jauh sedikit solat menjadi makruh/kurang pahala,etc?

Jawapan :
Setiap muslim bebas untuk pergi ke mana-mana masjid, walaupun masjid yang lebih jauh, sedangkan ada masjid yang lebih dekat dengan tempat tinggalnya. Dengan syarat, tidak menyebabkan jemaah di masjid dekat tergendala dengan ketiadaannya.

Malahan, berkemungkinan pergi ke masjid yang lebih jauh memberi pahala yang lebih banyak kerana Nabi SAW bersabda: "Mahukah aku tunjukkan kepadamu suatu yang Allah ampunkan dosa dan mengangkat darjat dengannya?" Mereka berkata: "Ya, wahai Rasulullah". Sabdanya: "Menyempurnakan wudhu' ketika kepayahan, banyak melangkah ke masjid, dan menunggu solat selepas solat".
HR Muslim (no: 251).

rujukan:
http://www.islamweb.net/ver2/Fatwa/ShowFatwa.php?lang=A&Id=32315&Option=FatwaId


Soalan :
ii) Ada orang kata tak boleh letup-letupkan sendi jari (knuckles 'krup krap' tuu) dgn sengaja dlm masjid sbb ia adalah satu bentuk zikir setan.


Jawapan :
Terdapat larangan menyilangkan jari-jari (tasybik) ketika menuju ke masjid, dan ketika berada di dalam masjid menunggu solat. Antaranya:

إِذَا تَوَضَّأَ أَحَدُكُمْ فَأَحْسَنَ وُضُوءَهُ ثُمَّ خَرَجَ عَامِدًا إِلَى الْمَسْجِدِ فَلا يُشَبِّكَنَّ يَدَيْهِ ، فَإِنَّهُ فِي صَلاةٍ

Maksudnya:
Apabila salah seorang kamu berwudhuk dan menyempurnakan wudhuknya, kemudian keluar menuju ke masjid, janganlah menyilangkan dua tangannya. Sesungguhnya dia berada dalam solat.
HR: Abu Daud (no: 562) dan Tirmizi (no: 386). lihat Sahih Ibn Hibban (no: 2036).

Illah dilarang menyilangkan tangan atau jari2 ketika menunggu solat di dalam masjid, kerana seseorang yang sedang menunggu solat dikira sudah berada dalam solat, dan diberikan pahala. maka tidak elok melakukan perkara-perkara yang dikira sia-sia atau tidak layak dilakukan ketika solat.

Manakala, meletup-letupkan jari sehingga berbunyi juga, samalah hukumnya dengan menyilangkan tangan, kerana perbuatan tersebut tidak layak dilakukan ketika solat. Dinaskan oleh Imam Khattabi.

rujukan:
Maalim Sunan 1/295.

Mengatakan ia adalah satu bentuk zikir syaitan, kami tidak menemui nas tentangnya. Tetapi ada hadis menyebut, "Sesungguhnya menyilangkan tangan itu adalah daripada Syaitan". HR Ahmad (no: 11385) dan dinilai hasan oleh Haitami dalam Majmak Zawaid 2/139.

koleksi soalan agama

Assalamualaikum...
salam 1 Malaysia..

haa..
kali ni lam Kata Aku, Aku akan cuba berkongsi sdkit ilmu atau berkongsi soal jwb agama yang Aku ambik dari pelbagai sumber..
xkisah la.yg penting ilmu tu berguna n bermanfaat untuk semua..

 

Enam minggu

Seorang Lelaki tua memasuki bilik doktor untuk pemeriksaan fizikal tahunan. Setelah beberapa minit, doktor keluar dan berkata, "Harun, aku minta maaf, tapi kami mendapati anda menghadapi keadaan yang hanya memungkinkan anda untuk hidup 6 minggu sahaja lagi.

"Tapi Doktor," Harun menjawab, "Saya merasa sihat, saya tak merasa lebih baik dari tahun ini... Hal ini tidak mungkin benar. Apakah tidak ada yang boleh saya lakukan?"

Setelah beberapa saat, doktor berkata, "Ya, anda mungkin boleh ke spa kesihatan yang baru di hujung jalan ini dan mandi lumpur setiap hari".

Harun bersemangat bertanya, "Dan itu akan menyembuhkan saya?"

"Tidak," jawab doktor, "tapi itu akan membuatkan anda terbiasa dengan tanah."

Mat Rempit

Zaki seorang Mat Rempit sejati. Dia sanggup tidak bekerja semata-mata untuk menjadi Mat Rempit sepenuh masa. Kerjanya setiap hari hanyalah menunggang motor secara berbahaya di jalan-jalan sekitar kampungnya sambil menyergah dan mengurat anak anak gadis di kampungnya.

Pada suatu hari, malang tidak berbau, Zaki terlibat di dalam satu kemalangan di hadapan kubur cina kampungnya. Akibat terkejut, Mak Limah yang kebetulan di dalam lori yang disergah oleh Zaki telah melatah sehingga tangannya membaling sebatang lembing tepat-tepat terpacak di dahi Zaki sehingga tembus ke belakang tengkuk Zaki.

Bergegas Pak Amin ayah zaki ke hospital sebaik sahaja mendapat berita tentang anaknya yang cedera itu. Sebaik sahaja sampai di hospital, Pak Amin bertanya kepada Doktor tentang keadaan anaknya,

Pak Amin: Bagaimana keadaan anak gua doktor?
Doktor: Harap bertenang Pak Cik, anak pakcik cedera parah.

Pak Amin: Bagaimana keadaan kecederaannya Doktor?
Doktor: Sebatang lembing terpacak di dahi anak Pak Cik tembus ke belakang tengkuknya. Kami takut sekiranya lembing itu terkena otaknya, anak pak cik boleh mati.

Pak Amin: Kalau tak terkena otak dia, dia mati tak doktor?
Doktor: Kalau tak kena tak matilah! Tetapi dalam keadaan sekarang keadaan itu adalah mustahil.

Pak Amin: Oh begitu.... Alhamdulillah selamat anak gua...
Doktor: Kenapa pak cik? Pak Cik tak bimbang ke lembing tu terkena otaknya?

Pak Amin: Anak saya tu Mat Rempit Doktor, Mat Rempit mana ada otak!

Friday, January 7, 2011

FAKTA YG SAMAR2 BENAR:

 

Tahukah anda perkataan Elektrik itu sebenarnya berasal dari seorang jejaka melayu bernama Kulup Kalimantang,.. 

 

Ketika mula2 Thomas Edison memperkenalkan lampu di Tanah Melayu & satu demonstrasi telah diadakan, Kulup Kalimantang telah berkata dgn lantangnya.. “Ele..trick je tu… El...e..trick aje…ele trick!!” (Brmksud tipu).

 Maka Thomas Edison dpt idea utk menama kn kuasa barunya sebagai ELEKTRIK… sbg mengingati jasa Kulup Kalimantang menamakn kuasa ELEKTRIK itu, maka diciptaknlah sejenis lampu panjang yg dinamakan Lampu Kalimantang…

 

 

hahahaha!!!

Aku mcm xbape leh caya je

missing

Aku xda masa nk bg masa Aku untuk Blog ini..
jd byk kekurgan..
link2 yg xmenjadi..
lam proses baek pulih..

Sekian

Thursday, January 6, 2011

J.E.J.A.K

TORA datang lagi!!!


hehe..
saje je tu..intro ckit2..
nape, ase penah dengar je kan ayat g2..
mana xnya, masa kecik2 dulu,.
ni haa..
tiap2 kali balik sekolah, lau ada duit lebih, menda ni la Aku beli..
sebab..
terpengaruh ngan iklan kat tv..
punya la budak masa tu..haha

Dan sekarang...
jejak Aku di universiti..
semalam.. 5/1/2011, jam 4.30ptg.. tu la jejak pertama Aku ke dalam kelas!!(OPM533)
gila kan..
dah nk cuti hujung minggu baru nk masuk kelas..
tp Aku bgs lagi la dari org tu..
tgu next week baru nk jejak kaki, tunjuk muka...hehe

Aku dah ada kad matrik baru..

jeng3x..
Aku suka ngan system kat cni..
cepat je..
Aku buat kat matrik ni 10 minit je..
lepas daftar, die suh buat kad matrik time tu gakk..
mmg suke la..  ngeee..

Jejak pertama Aku kat pantai apa xtaw namanya..
tp kawasan Kampung Sura la..
Jejak tu terjadi bersebab tgu member nk ke rumah sewa kitorg..
Aku org baru mana taw ag..
lepak2 la kat pantai lu ngan Ayah Aku, Emak Aku dan Adik Aku ni..



damai..!!
tu je Aku leh gtaw..
Aku suka suasana kat cni..
tp suasana belajar Aku xtaw lagi..
baru 1 kelas je kot Aku masuk..camne nk taw. kan..huk2..

pastikan jejak Aku tidak anda lupakan..!!

Wednesday, January 5, 2011

sesal..!!

org kata sesal dulu pendapatan, sesal kmudian tdak berguna..
tp Aku ni kategori apa ep..
Aku xtaw tu semua akan berlaku,..
Aku xsangka sgt2 pekara itu akan menjatuhkan maruah dan air muka..
ya!!
Aku sangat malu sekarang!!
lau ada yg tegur Aku, tp Aku buat xtahu tu, yela tu..
Aku malu..
maaf atas segala apa yang terjadi..
Aku xtaw..
sumpah!!
Ampunkan kelalaian ku..
Aku mintak maaf!!

Saturday, January 1, 2011

Tahun Baru..?

Ya!!
semalam, tepat jam 12:00 tgh mlm, kita dah berada dia tahun baru..
kaba dok?..meh cni nk pok pale tuh!!haha..
berlalu la sudah ramadhan...ehh, silap lirik!..
berlalu la sudah sedekat bagi abad 21, tinggal 9 dekat lagi untuk ke abad ke 22..
cepat je kan masa berlalu, mcm air dicurahkan ke daun keladi je..
mcm tu la Aku bygkan pergerakan masa..
2010 byk kenangan tercatat, 2011 bakal mengukir seribu peristiwa..
wah!!
ayat Aku..haha





dua kosong satu satu 
Aku suka no ni..
lebih tepat lagi no 11..
ntah kenapa, Aku meminati no 11 dari dulu lagi, 
nk kata ada "0ng" xda la sgt kot..
Lam apa2 pekara, secara kebetulan or disengajakan, 
mmg akan Aku pilih no 11,
myb no 11 ni nk mewakili Aku kot..
11/1 adalah antara pekara yg berlaku kat Aku...
dan Aku ingat tarikh itu...


Pagi tahun baru telima surat layang berwajah begini...

aiiyarrk!!
ingatkan semua baru..
adehh!!...
Lau g2 kena bawak gop la perangai lama..
camne?..hehe..

Sekadar untuk mengisi Diari tahun baru,
esok dah nk pergi tmpat baru, da xleh da nk on9 mcm biasa gamaknya..
adakah Aku akan jd jakun di tempat baru tu..
ntah!!..



 Selamat Menempuh cabaran di tahun baru ini