Sunday, August 28, 2011

Download hukumnya Haram

Assalamualaikum...
Kritikan Aku kali ini sebenarnya sudah beberapa hari "postponed" kerana M. Aku xdapat melawan M sehingga la ketika ini..
bila dah berjaya menguasai M..Lama la sikit Aku mengadap Laptop ni..Hehe..


Siapa tahu aktivit menDownload sebenarnya adalah haram?..
Serius, Aku pertama kali tahu pekara ini adalah salah disisi Undang-undang di Malaysia..
Harian Metro melaporkan, "mana-mana individu menDownload filem/lagu dan menyimpanya didalam HardDisk @ thumdrive adalah satu kesalahan serius"

Arrrhhg..Aku merasakan diri Aku dicabul je..Errk..maksud Aku hak asasi Aku..
Selama ini dah bermacam-macam jenis cerita dah Aku Download..Kalau tertangkap, boleh kena denda antara RM10,000 hingga RM30,000 atau penjara 3 tahun.
Alamaknya nanti, pinjaman Ptptn Aku sampai cucu pom xhabis bayar lagi la kalau sume tu terjadi..
Fuuuh..Mintak jauh la..

Aku tetap xberpuas hati dengan Akta Penapisan Filem ini..
Lain la kalau Aku Download filem, then Aku buat salinan banyak-banyak untuk dijual..
barulah boleh dikatakan bersalah..
Siapa xnak benda mudah dan free..Hanya tunggu untuk 45minit untuk 1 cerita..
Sebagai penguna Internet dan sebagai orang yang bijak berfikiran matang, Aku lebih rela bayar bil internet sebulan dan dapat menonton banyak filem daripada membeli/menonton di pawagam..
Semua tu bazir masa je...

Walaupon Haram, Aku berharap yang SKMM tidak akan mem"Block" sumber-sumber filem Aku ni..
fahami la kami kat Kelantan ni mana ada Panggung Wayang :(..

p/s: Banyak filem baru keluar lepas raya ni..Hehe..

No comments: