Thursday, September 20, 2012

Tok nati ( tak perlu )


Tok nati...

tok nati smarx ado gewe comel.
tok nati make makene mahal baru kenye.
tok nati sekoloh arab nok berdakwah.
tok nati kayo baru nok sedekoh.
tok nati banyok pitih nok nuntut ilmu.
tok nati sakit baru nok bertaubat.
tok nati ore bodo keno tipu.
Tok nati herek tin baru ore kato gilo.


Semuanya sudah tertulis. semua berlaku atas kehendanya. tidak ada yang mustahil.

Saturday, August 4, 2012

Air Mata Lelaki

Bergelinangan air mata Aku.
Pada saat sepupu update pasal arwah nenek Aku di Group FB Keluarga.
Saat itu jugak Aku sedang dengar THR gegar menyiarkan lagu Raya.
Arrghhh..Rasa sedih. Kenangan bersama Arwah tetiba berada depan mata.


Saat Ramadhan dan Raya inilah banyak kenangan itu.
Ramadhan dan Aidilfitri pertama tanpa arwah.
Air tangannya membuat ketupat memang xboleh lawan sesiapa.
Tak kira anak cucunya balik atau tidak. Beliau tetap buat ketupat.
Ya Allah..tempatkan beliau di tempat orang yang beriman.


Arrghh..beremosi pulak..banyak yang xdapat ditulis. Al fatihah untuk arwah mok Limoh.




"Daripada Allah kita datang dan kepada Allah kita kembali"

Monday, July 23, 2012

Ramadhan ke 3

gambar dari senior yang sebaya. Rizli


Assalamualaikum..
Bulan Ramadhan..bulan mulia..

Aku menulis tanpa godaan dari syaitan. 
Ini tulisan dari hati Aku.
Luahan Aku. 

Kalau mungkin pun bercampur dengan nafsu. 
Boleh panggil luahan hati + nafsu. Apa pom boleh.


Hai Ramadhan. 
Kau datang lagi. Datang membawa rahmatNya
Syukur Aku masih berpeluang menemui lagi. Syukur


Ramadhan kali ini aku lalui keseorangan.
meredah onak dan duri.
dugaan dan cubaan dariNya.
Allah ingin menduga hambaNya ini.
Aku terima dengan hati yang cekal.


Ramadhan ke 3 keseorangan.
Bersahur dengan sekadar mampu.
Syukur dengan rezekiNya.
3 kurma dan segelas soya.
Mungkin tak cukup kata nafsu. 
Kata iman berlainan pula.
Aku laluinya..


Ramadhan ke 3 belum spenuhnya Aku lalui.
Baru separuh jalan.
2 kelas telah Aku pergi. 
Financial Statment Analysis dan managerial economics.
Kelas yang ceria.
Kalau Aku nak ambik semua subjek aku sem depan time intersesi boleh tak?

ooo..mungkin makan diri dan makan masa. biarlah.


Berbuka Aku nak cari teman. Mungkin ke  rumah naim, rahim dan umar.
Ada seri sedikit disana.
mungkin ada rezeki untuk Aku. siapa tahu. :D
Semoga dipermudahkan urusan Aku di bulan Ramadhan




"Nak jamu mata dengan makanan tak semestinya ke bazar. di facebook pom boleh"



Sunday, June 24, 2012

Gian Sangat


Arrghhh..Aku dah gian...
Gian dengan durian..
Cuti hari gawai beberapa minggu lepas Aku balik ke rumah mak ayah Aku.
Biasanya kalau cuti. Ayah Aku wajib beli durian jika ada.
tapi tidak untuk cuti itu.
Aku melopong sampai ke kelmarin.
Tahan gian itu.



2 malam lepas. gian itu tertunai dan terlaksana.
1 longgok RM20. Ada la dalam 4 biji je.
Kami bertiga. Beli dan makan terus kat tmpat tu.
Lokasinya didepan McD Dungun.

Meratah durian dalam diam. Barang mahal kot.
Bukan xnak kongsi dengan housmate tp xberbaloi.
Yang pasti, bau bila sendawa mesti ada.
dan itulah Aku cuba untuk cover supaya tak kantoi.
takot ada yang terasa hati.
Maaf ya kawan2...bukan pentingkan diri tp ini yang terbaik.


Dengar2 malam esok sorang taukey budak rumah AKu nak belanja durian.
Slurrp..Kalau ada rezeki memang Aku ada kat situ. mintak2 tu rezeki Aku jugak. Tumpang kasih. Hehe..

"Jangan sebab bau, sifat benci raja buah wujud"

Thursday, June 21, 2012

Sebahagian

Alhamdulillah...
Syukur kepada Allah atas segala nikmat yang diberikan selama ini.
Kelas untuk sem ini dah habis.
Cuma esok je ada marathon kelas ganti untuk mantapkan lg ECO. Dari pkol9 sampai pkol 6. Ntah btol entah tidak.
Test dan quiz dah selesai.
yang belum selesai oral Arab dan lakonan Arab.
Ntah kenapa bila bab oral ni Aku rasa sangat xsedap hati. rasa sesak je.
Mungin aku xcukup ilmu dan xpandai dalam arab. perkataan arab selalu lupa.
Dulu mak ayah suruh blaja kat maahad KB Aku xnak..
Kan dah susah..Aku kena cekal.

Jadual final exam dah keluar.
Slip Aku dah download tapi masih belom print. 
Minggu depan kot..
First paper Aku 30/6 ni. PAper ECO. Senior Aku, Rizli kata tu paper A..Aku pom masih samar samar lagi.
HArap mudah menempuhinya.
Malam ni kalau jadi kitaorang nak buat BBQ.
Futsal mungkin ada jugak kot..HArap menjadi la. Aku dah gian even kaki masih sakit.


"Sebahagian kecil kisah hidup sudah dilalui"

Thursday, June 14, 2012

Klimaks

Assalamualaikum..
Kesempatan yang sempit Aku guna untuk mencoret sedikit diari ini.
Terasa dunia semakin sempit.
Final exam bakal menjengah beberapa ketika sahaja lagi.
Minggu depan "last week" untuk Aku pergi ke kelas.
Setakat ini...Test Eco. Test Financial Planing. Presentation BEL masih belum selesai.
Diri Aku dah merasa tertekan.
Sabar jela. 
Ini klimaks.

Saturday, June 2, 2012

Tekanan

Assalamualaikum..

Selamat pagi..Rasanya masih pagi. Sekarang Sabtu. 2/6/2012 jam 11.57...
Merujuk kepada tajuk. Aku sangat tertekan.
Dengan asgmnt..oh tidak..bukan tak boleh buat tp tak jumpa jawapan..
Aku cuba google..Aku cuba bukak buku..
Soalan ni dah xda dalam silibus aku..
Ini mungkin ujian..
mencabar aku untuk berfikir diluar kotak..
Berfikir sebagai seorang ahli ekonomi negara..

Berfikiran matang..
Aku masih berusaha..

Walaupom usaha Aku berada di gear satu sekarang..
Aku masih...

Tuesday, May 22, 2012

Pilihan. . .

Terdetik di benak pemikiran Aku akan kisah Rabu lepas.
Semasa kelas Islamic Financial Planning..
Tak silap Aku topic hari tu membincangkan Faktor membeli asset.
Point ketika itu mengenai Jenis dan Saiz Asset tersebut.
Ulas punya ulas..
Ustaz mengaitkan Aku sebagai contoh.

Katanya


" Contohnya Aku kalau nak pilih isteri. Mesti ada ciri-ciri yang Aku kehendaki"..




Beberapa kali Ustaz menyebuk akan hal itu.
Mahu je Aku menjawab. tapi Aku mampu senyum kambing kerna satu kelas mentertawakan kan Aku..
Tak mengapa la. Mungkin wat hilang mengantuk korang kan.. :D




Saat contoh yang ustaz katakan..Kalau Aku diberi peluang menjawab..

Ingin je Aku katakan..


"Aku mencari wanita yang mampu menjadi ibu kepada anak anak aku kelak"




Sekian...




"People who truly love you will always choose to stay."

Monday, May 21, 2012

Terlepas. . .

Salam..
Selamat malam kanan..
Selamat malam kiri..
Detik demi detik Aku lalui..
Hari demi hari Aku jalani..

KIsah hari ini..
Berkisar tentang kehidupan yang terlepas..
Pertama..Subjek Financial Planing
Hati terdetik bukan hari ini Group kitorang present.
Tapi bila tanyakan sahabat..dia kata hari ini.
Aku terima jela..
Memang Aku rancang nak present biasa sangat.
sampai je masanya..
Memang kitorang terlepas..
Waktu kelas pertama tamat.

Ke kelas kedua..
Subjek itu adalah economi.
Subjek yang buat pemikiran tercabar.
Fikir logik dan aplikasi di graf.
Cakap memang mudah.
Group Aku iaitu Wan. Yani dan Aku sendiri.
Kami hanya bertiga.
dapat topic "currency attack exchange rate on 1997"
mengenai inflasi kata mudahnya.
Belum sempat turn group Aku.
Masa dah time.
Tetapi lecturer Aku ingin meneruskan sehingga habis.
Tapi Tapi Tapi..
Aku ada Test. Aku mintak izin untuk ke kelas seterusnya coz Aku sorang yang ada test.
Aku terlepas lagi dari presentation.
Tapi Aku rasa sangat bersalah kerana tidak dapat membantu Wan dan Yani.
Maafkan Aku Wan. Maafkan Aku yani :D..


sekian ::


Sunday, May 20, 2012

Cinta Gegar

Tajuk itu sendiri boleh mewakili segalanya.
Setiap Ahad hingga Khamis..
Aku akan cuba mendengar segmen THR ini..
Bukan untuk melayan jiwa sahaja..
Boleh dikata mendengar cerita dan pengalaman orang..
yang berkaitan cinta..

Tak semua gembira dalam bercinta.
Tak semua mempunyai penghujung cinta yang menarik.
Tak semua pernah bercinta.
Tak semua...

Pengalaman yang Aku dengar.
Cerita yang Aku teliti.
Kisah yang Aku cuba fahami.
Itu adalah pengalaman.
walaupun bukan datang dari diri sendiri.
Tapi memberi sedikit sebanyak.

Ok..sambung layan THR gegar.

Laa..berwajah baru eh

Salam..
Waktu malam baru melepasi jam dua.
Aku menunggu masa Final antara chelsea dan bayern munich. 
Final domestic untuk piala FA dah sah jadi milik KELANTAN.
Negeri kelahiran dan tanah tumpah darah aku.


Untuk final Kelate mlm td..kemenagan memang dicari dan ditunggu tapi kepuasan aku tidak dapat.
Semangat yg tidak berapa nk membara.
walau apa pom..Alhamdulillah..Kelantan tetap dihati.


Subjek eco.
subjek yang Aku agak tertekan untuk semster ini.
Aku suka bila sir mengajar. Aku minat
tetapi bila kami yang kena ajar..
Aku dah mula rasa hilang punca.
Lost in jungle. Aku tak jumpa sebab apa.


Dah lama sangat aku xupdate blog.
berwajab baru dah kat bahagian "new post" ni..
nasib baik xjauh sangat "interface" baru dan lama..
Aku masih mampu mengupdate..



ok..sekian luahan hati. ::

Thursday, March 22, 2012

Blogger bersama

Assalamualaikum..
Rumah sewa yang baru. 

Suasana baru dan kelas baru.
Banyak muka baru.
Geng blogger baru.

Tak disangka.

Seorang housemate AKu juga Blogger.
Aku pernah tengok dan membaca tulisanya.
Perghhh..
Sungguh taksub.
Aku suka akan irama tulisanya.





Aku nak gelarnya Blogger sempoi.
Orangnya biasa tapi ayat power.

Betol la orang kata "don't judge the book by it's cover".
Berkawan Bersahabat denganya pasti tak lekang dengan gelak ketawa.
so nice.
Aku nak pemikiran kreatif macam Dia..Abe Mat.

Thursday, January 19, 2012

Masa

Aku buka post baru. Aku tenung lama skrin laptop acer aspire ni. Aku cuba susun ayat yang sesuai untuk aku garabkan yang boleh menggambarkan apa yang aku rasa. Ia mengambil masa. Alunan melodi kipas diatas kepala berselang dengan bunyi jari Aku mengaru tangan yang gatal disamping bunyi keyboard menyerikan lagi waktu 12:55 ini. Yang nyata, pembaziran masa berlaku pada diri Aku pada cuti sem ini, apa sudah terjadi, Aku sendiri tidak memahami. Smoga hari esok lebih baik dari hari ini.

Bercakap mengenai masa, satu perjanjian telah dibuat dengan siDia untuk keluar bertemu mata. Aku tengok Dia, Dia tengok Aku. Sememangnya, begitulah pertemuan dua merpati di udara kebiasaanya. Dimulakan dengan lankah kanan, penurunan Aku dari teratak ibubapa agak terlewat, Aku sudah pasti kesampaian pom agak terlewat. Aku resah. resah dengan perasaan siDia yang terpaksa menunggu. satu pembaziran masa berlaku lagi. Semuanya telah diaturkan, dan Aku sampai pada masa yang dikehendakiNya dengan selamat.

Masa perjumpaan diisi dengan perbualan dan perkembangan kami, bukan tidak boleh bertanya di telefon, facebook atau mana-mana perantara lain. Bila bertentang mata ni, daya tumpuan lebih kepada apa yang nak dipercakapkan. lebih mesra dah lebih interaktif. yela, bakal bercakap didepan mata, semestinya kena tumpu perhatian. Begitulah KAMI. tidak banyak aktiviti. ke muzium.makan.pusing-pusing kota.bergambar sekeping dua.pekara biasa yang melibatkan masa.Hampir separuh hari, merpati mula pulang ke sarang masin-masing.

Perjalanan pulang merpati agak rumit dan menggunakan masa kerna air dari langit menitis dan membasahi bumi. keadaan agak licin dan berbahaya untuk merpati mempercepatkan perjalanan. seperti pepatah melayu, biar lambat asalkan selamat. pepatah melayu ini telah menjadi panduan hidup merpati ini untuk tidak tergesa-gesa mengejar masa. terbukti pepatah melayu ini selamat digunakan kerana merpati sampai ke sarangnya dengan selamat. Daya pecutan Aku sebagai merpati hari ini adalah 30km/j paling perlahan dah 140km/j paling laju. Maaf Ayah. terlaju sikit.

Sunday, January 15, 2012

2012

Assalamualaikum.

Setahun Aku tinggalkan laman ini.rumput dah panjang.semak samun.berkulat. adusssh. Aku akan untuk kembali memperjuangkan Kata Aku ini.InsyaAllah.

Cuba mendapatkan kembali keyakinan dan kesungguhan untuk mencorakkan diari hidup ni. Tidak la nampak sangat hangat-hangat tahi ayam je buat menda ni atau seperti melepaskan batuk di tangga atau alang-alang seluk perkasam, biar samapai pangkal lengan..yer idok..

2012..tahun baru.
berakhir semester 3 pada 7/1/2012.
perasaan selepas exam tu amat la ceria dan gembira kerana paper 4.5.6.7 telah aku lalui dan lepasi walaupun ada perasaan kurang enak ketika menjawab peperiksaan tu. salah Aku jugak, study main-main.

ok..masuk bab lain.
Aku tak tahu la apa masalahnya.sama ada aku ni kolot, tak open minded atau terlalu taksub or what else la..
Aku benci bila time komen / message dengan sape sahaja, panjang2 yang kita taip, boleh plak dibalas dengan sepatah or dua patah. ok..mungkin Aku xbijak untuk mengembangkan dan membangkitkan perbualan yang menarik..
ok..stop it..lantak la..dia bukan siapa-siapa pom bagi Aku.

start hari ni.Aku akan terus memperbanyakan Kata Aku ini mengenai segalanya pada mata Aku. InsyaAllah.


Thank you