Sunday, January 15, 2012

2012

Assalamualaikum.

Setahun Aku tinggalkan laman ini.rumput dah panjang.semak samun.berkulat. adusssh. Aku akan untuk kembali memperjuangkan Kata Aku ini.InsyaAllah.

Cuba mendapatkan kembali keyakinan dan kesungguhan untuk mencorakkan diari hidup ni. Tidak la nampak sangat hangat-hangat tahi ayam je buat menda ni atau seperti melepaskan batuk di tangga atau alang-alang seluk perkasam, biar samapai pangkal lengan..yer idok..

2012..tahun baru.
berakhir semester 3 pada 7/1/2012.
perasaan selepas exam tu amat la ceria dan gembira kerana paper 4.5.6.7 telah aku lalui dan lepasi walaupun ada perasaan kurang enak ketika menjawab peperiksaan tu. salah Aku jugak, study main-main.

ok..masuk bab lain.
Aku tak tahu la apa masalahnya.sama ada aku ni kolot, tak open minded atau terlalu taksub or what else la..
Aku benci bila time komen / message dengan sape sahaja, panjang2 yang kita taip, boleh plak dibalas dengan sepatah or dua patah. ok..mungkin Aku xbijak untuk mengembangkan dan membangkitkan perbualan yang menarik..
ok..stop it..lantak la..dia bukan siapa-siapa pom bagi Aku.

start hari ni.Aku akan terus memperbanyakan Kata Aku ini mengenai segalanya pada mata Aku. InsyaAllah.


Thank you

No comments: