Thursday, January 19, 2012

Masa

Aku buka post baru. Aku tenung lama skrin laptop acer aspire ni. Aku cuba susun ayat yang sesuai untuk aku garabkan yang boleh menggambarkan apa yang aku rasa. Ia mengambil masa. Alunan melodi kipas diatas kepala berselang dengan bunyi jari Aku mengaru tangan yang gatal disamping bunyi keyboard menyerikan lagi waktu 12:55 ini. Yang nyata, pembaziran masa berlaku pada diri Aku pada cuti sem ini, apa sudah terjadi, Aku sendiri tidak memahami. Smoga hari esok lebih baik dari hari ini.

Bercakap mengenai masa, satu perjanjian telah dibuat dengan siDia untuk keluar bertemu mata. Aku tengok Dia, Dia tengok Aku. Sememangnya, begitulah pertemuan dua merpati di udara kebiasaanya. Dimulakan dengan lankah kanan, penurunan Aku dari teratak ibubapa agak terlewat, Aku sudah pasti kesampaian pom agak terlewat. Aku resah. resah dengan perasaan siDia yang terpaksa menunggu. satu pembaziran masa berlaku lagi. Semuanya telah diaturkan, dan Aku sampai pada masa yang dikehendakiNya dengan selamat.

Masa perjumpaan diisi dengan perbualan dan perkembangan kami, bukan tidak boleh bertanya di telefon, facebook atau mana-mana perantara lain. Bila bertentang mata ni, daya tumpuan lebih kepada apa yang nak dipercakapkan. lebih mesra dah lebih interaktif. yela, bakal bercakap didepan mata, semestinya kena tumpu perhatian. Begitulah KAMI. tidak banyak aktiviti. ke muzium.makan.pusing-pusing kota.bergambar sekeping dua.pekara biasa yang melibatkan masa.Hampir separuh hari, merpati mula pulang ke sarang masin-masing.

Perjalanan pulang merpati agak rumit dan menggunakan masa kerna air dari langit menitis dan membasahi bumi. keadaan agak licin dan berbahaya untuk merpati mempercepatkan perjalanan. seperti pepatah melayu, biar lambat asalkan selamat. pepatah melayu ini telah menjadi panduan hidup merpati ini untuk tidak tergesa-gesa mengejar masa. terbukti pepatah melayu ini selamat digunakan kerana merpati sampai ke sarangnya dengan selamat. Daya pecutan Aku sebagai merpati hari ini adalah 30km/j paling perlahan dah 140km/j paling laju. Maaf Ayah. terlaju sikit.

No comments: