Thursday, February 24, 2011

4 Golongan Lelaki

Assalamualaikum..
Lepas kelas td terus balik makan..
Lepas makan td terasa nak post entry pasal empat golongan lelaki..
Untuk makluman, dalam dunia ni hanya ada 4 orang golongan lelaki sahaja ya..
bg perempuan/gadis diluar sana..
korang boleh pilih empat ni je..
limited edition ni..haha

ok2..back to topic..
4 golongan yang Aku nk perkatakan kali ini ialah :




Pertama : Ayahnya


Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak
mengajar solat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat (paling jelas sekarang)..... tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik oleh anaknya.

Kedua : Suaminya

Apabila seorang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul
bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk
pandangan kaum lelaki yang bukan mahram, apabila suami mendiam diri......
walaupun dia seorang alim (solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal) maka
dia akan ditarik oleh isterinya.

Ketiga:- Abang-abangnya

Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke
pula abang-abangnya..... jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja
dan adik perempua! ! nnya dibiar melencong dari ajaran ISLAM ....
tunggulah tarikan adiknya di akhirat.

Keempat:- Anak Lelakinya

Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang
haram dari islam, maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan di
akhirat kelak....... nantikan tarikan ibunya. Maka kita lihat bertapa
hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun
tarikannya begitu hebat... 


maka bagi kaum lelaki yang bergelar ayah / suami /
abang atau anak, anda semua dan Aku sendiri harus memainkan peranan mereka yang sebenar.Besarnya tangungjawab seorang lelaki itu..


2 comments:

Gula-gula hati said...

Golongan-golongan di atas dikira dayus ... if dia tidak melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang bapa , suami dan abang dengan betul ...:)

Kata Aku said...

Anda betol..!!
di bahu kami mmg besar tangunggan hendak digalas..
tp akan ringan bila dipikul sama2..hehe